Ahad, Februari 27, 2011

Minggu Sains dan Teknologi 2011

Panitia Sains dengan kerjasama Panitia Kemahiran Hidup telah berjaya mengadakan Minggu Sains dan Teknologi 2011 dari 21 hingga 25 Februari 2011. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya. Acara kemuncak iaitu pada 22 Februari 2011 (Selasa) iaitu Pertandingan Inovasi Lumba Bot 2011 mendapat sambutan yang amat hebat. Seramai 270 orang pelajar dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari seluruh daerah Hulu Selangor bersama-sama menyertai pertandingan tersebut. Pada waktu yang sama kanak-kanak daripada Tadika Sinaran Islam seramai 48 orang juga bersama-sama memeriahkan suasana dengan menyertai Art Attack (Pertandingan Mewarna)

Are You Smarter Than A 5th Former?

Pimp My Boat ( Inovasi Lumba Bot Sekolah Rendah )

Pimp My Boat ( Inovasi Lumba Bot Sekolah Menengah )

Art Attack ( Petandingan Mewarna Tadika )

Semashur Idol (Pertandingan Bercerita Sains)

Semashur Junior Masterchef 

Semashur Next Top Model (Pembinaan Model Sains)

Terima kasih kepada kesemua ahli panitia Sains dan Kemahiran Hidup di atas komitmen yang telah diberikan. Terima kasih juga pada kesemua AJK yang terlibat dari Kelab Sains dan Teknologi dan Kelab Fotografi. Tanpa bantuan anda semua pasti kesemua aktiviti-aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih juga pada Tuan Pengetua Cemerlang, Tn Hj Rafiei Bin Mustapha di atas sokongan dan kebenaran untuk menganjurkan acara ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan